KAJIAN ANALISA KEPERLUAN PROGRAM BAGI IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI POLITEKNIK UNGKU OMAR

STUDY OF PROGRAM NEEDS ANALYSIS FOR BACHELOR'S DEGREE IN INFORMATION TECHNOLOGY AT UNGKU OMAR POLYTECHNIC

Authors

  • Muhammad Faiz Pauzi Jabatan Teknologi Maklumat Komunikasi, Politeknik Ungku Omar
  • Norhasliza Muhamad Nor Jabatan Teknologi Maklumat Komunikasi, Politeknik Ungku Omar
  • Mona Azizan Jabatan Teknologi Maklumat Komunikasi, Politeknik Ungku Omar

Keywords:

Analisa Keperluan Program; Work-Based Learning (WBL); Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

Abstract

Analisa Keperluan Program merupakan sebahagian daripada keperluan bagi mewujudkan program baharu di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Tujuan utama kajian Analisa keperluan ini adalah untuk mengenal pasti permintaan, keperluan dan implikasi cadangan penawaran program baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian berteraskan konsep Work-Based Learning (WBL) di Politeknik Ungku Omar. Tiga set tinjauan kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik telah diedarkan kepada golongan sasaran. Mereka terdiri daripada para pelajar, alumni dan pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari Politeknik Malaysia. Kaedah kualitatif secara temubual berstruktur yang disasarkan kepada pihak industri bidang teknologi maklumat juga digunakan sebagai salah satu metodologi dalam kajian ini. Hasil dapatan daripada kajian menunjukkan maklum balas yang positif terhadap permintaan program Ijazah baharu ini daripada perspektif pelajar, alumni dan pensyarah. Selain itu, respon daripada pihak industri juga menyatakan bahawa program ini sesuai ditawarkan kerana ianya mengikut perkembangan arus teknologi semasa dan juga merupakan kesinambungan kepada Program Diploma Teknologi Maklumat yang ditawarkan di politeknik. Namun kebanyakan pihak industri yang ditemubual belum bersedia untuk bekerjasama dalam melaksanakan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang berkonsepkan WBL dan mereka lebih cenderung memilih pelaksanaan secara latihan industri. Hasil kajian menunjukkan bahawa program ini adalah rasional dan berkeperluan untuk ditawarkan di Jabatan Teknologi Maklumat, Politeknik Ungku Omar. Walaubagaimanapun konsep WBL yang ingin diterapkan perlu dikaji semula kerana kebanyakan industri belum bersedia untuk bekerjasama dalam menyediakan tempat bagi pelaksanaan konsep WBL ini dan mereka lebih memilih konsep latihan industri berbanding WBL. Implikasi kajian ini penting untuk perancangan kurikulum dan dasar TVET di Malaysia. Dapatan kajian dapat membantu pembuat dasar dalam merangka strategi pelaksanaan program ijazah baharu yang lebih selaras dengan keperluan industri, di samping memastikan kelestarian pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi dan relevan dengan pasaran kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-12

How to Cite

Muhammad Faiz Pauzi, Norhasliza Muhamad Nor, & Mona Azizan. (2025). KAJIAN ANALISA KEPERLUAN PROGRAM BAGI IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI POLITEKNIK UNGKU OMAR: STUDY OF PROGRAM NEEDS ANALYSIS FOR BACHELOR’S DEGREE IN INFORMATION TECHNOLOGY AT UNGKU OMAR POLYTECHNIC. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(3), 128–135. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/300

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.