Tahap Penglibatan Pensyarah Politeknik METrO Betong Sarawak Dalam Aktiviti Sukan

Authors

  • Jessica Anak Jawa Politeknik METrO Betong, Sarawak
  • Imelda Anak Richard Fuchau Politeknik METrO Betong, Sarawak
  • Emiliana Binti Barayan Politeknik METrO Betong, Sarawak

Keywords:

Tahap penglibatan, Sukan, Pensyarah PMBS

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap penglibatan pensyarah Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) dalam aktiviti sukan. Responden yang terlibat adalah 39 orang pensyarah di PMBS yang terdiri daripada 13 orang pensyarah Jabatan Perdagangan, 21 orang pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, dan 5 orang pensyarah Unit Pengajian Am. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur kekerapan para pensyarah bersukan dalam kehidupan seharian, mengukur tahap
kesedaran mengenai kebaikan penglibatan diri dalam aktiviti sukan dan mengenalpasti faktor penglibatan para pensyarah dalam aktiviti sukan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian kuantitatif. Kajian mendapati 25.6% pensyarah mula terlibat dalam sukan semenjak berkhidmat di PMBS dan 71.8% pensyarah didapati bersukan sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu. 43.6% pensyarah meluangkan masa selamat 30 minit sehingga sejam untuk aktiviti bersukan. Sehubungan dengan itu, 30.8% pensyarah bersetuju bahawa penglibatan diri bersukan didorong oleh ajakan dari teman-teman, 43.6% pensyarah didorong untuk bersukan apabila berat badan mula naik, dan 35.9% bersetuju terlibat dalam aktiviti sukan apabila mendapat saranan daripada doktor. 35.9% pensyarah kurang bersetuju bahawa aktiviti sukan hanya dijalankan apabila mengalami tekanan di tempat kerja. Selain itu, hasil pelaksanaan kajian ini mendapati 100% pensyarah sedia maklum tentang kebaikan penglibatan diri dalam aktiviti sukan. Dapatan ini disokong lagi dengan 100% pensyarah bersetuju bahawa penglibatan diri dalam sukan dapat meningkatkan lagi imej diri individu. Di samping itu, 100% pensyarah tidak beranggapan bahawa sukan itu hanya untuk individu yang mengalami masalah kesihatan sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Jessica Anak Jawa, Imelda Anak Richard Fuchau, & Emiliana Binti Barayan. (2024). Tahap Penglibatan Pensyarah Politeknik METrO Betong Sarawak Dalam Aktiviti Sukan. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/107

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 

You may also start an advanced similarity search for this article.