Semangat Kesukarelawan: Kefahaman dan Penghayatan Pelajar Kolej Komuniti Ledang

Authors

  • Noorashikin Saari Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, Johor

Keywords:

Sukarelawan, kefahaman, penghayatan

Abstract

Aktiviti sukarelawan atau khidmat masyarakat semakin berkembang dan mendapat perhatian umum pada masa kini bukan sahaja di kalangan bukan kerajaan (NGO) malahan ia menjadi perkara signifikan kepada institusi pengajian tinggi. Kajian ini penting untuk menentukan kefahaman dan penghayatan pelajar Kolej Komuniti Ledang (KKLJ) terhadap aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh KKLJ mahupun pihak luar. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik yang diukur melalui skala likert. Responden yang terlibat seramai 168 orang pelajar KKLJ, 54.8% lelaki dan 45.2% perempuan, terdiri daripada 42.9% dari semester satu, 3.6% semester dua dan 53.6% semester tiga. Responden merupakan pelajar bagi program Sijil Kenderaan Ringan (SKR) 23.2%, Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) 17.9%, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) 22.6% dan Sijil Pastri (SPT) 36.3%. Peratusan mengikut bangsa adalah Melayu 91.1%, Cina 2.4% dan India 6.5%. Hasil kajian menggunakan Ujian Alpha Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi pelajar KKLJ terhadap aktiviti sukarelawan iaitu 0.775 tahap kefahaman dan 0.908 tahap penghayatan. Sebanyak 36.9% pelajar pernah menyertai aktiviti sukarelawan dan mereka memahami peranan sebagai seorang sukarelawan. Manakala sebanyak 63.1% pelajar tidak pernah menyertai aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak KKLJ mahupun pihak luar. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar program sukarelawan perlu diberi pendedahan yang luas dan fokus yang mendalam kepada pelajar KKLJ di samping mengadakan program motivasi berkaitan kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap semangat sukarelawan sedia ada dan akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Noorashikin Saari. (2024). Semangat Kesukarelawan: Kefahaman dan Penghayatan Pelajar Kolej Komuniti Ledang. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/125

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.