Kepentingan Semangat Cintakan Negara Di Kalangan Para Pelajar Politeknik Malaysia Melalui Penglibatan Bersama Pasukan Beruniform

Authors

  • Zuraiti Hj Che Amat Politeknik Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Hj Hazril Hisham Hussin Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Khairul Safuan Mohamad Isa Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Keywords:

Semangat Cintakan Negara

Abstract

Semangat cintakan negara banyak diterapkan sejak dari bangku persekolahan lagi. Institusi pendidikan tinggi khususnya Politeknik Malaysia tidak terkecuali dalam memainkan peranan untuk memupuk budaya sayang, prihatin dan bertanggungjawab kepada negara tercinta. Kajian ini bertujuan menerapkan semangat kenegaraan melalui penglibatan para pelajar dalam pasukan-pasukan beruniform di Politeknik Malaysia. Seterusnya ia bertumpukan kepada kesedaran para pelajar untuk bersedia menjadi barisan hadapan negara sekiranya menghadapi bencana atau malapetaka. Selain daripada itu, proses pengumpulan data berbentuk kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Taburan borang soal selidik diedarkan kepada sebahagian para pelajar Politeknik Malaysia Zon Utara yang diambil untuk menjadi responden kajian. Pada umumnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mengakui semangat kenegaraan perlu diterapkan dan diperluaskan kepada para pelajar Politeknik Malaysia dan amnya institusi pengajian tinggi negara. Ia turut selari dengan fokus kedua iaitu persetujuan di mana para pelajar perlu bersedia untuk menjadi barisan hadapan negara sekiranya dilanda musibah dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini diharapkan berupaya memandu pihak pentadbir atau pengurusan insititusi pengajian tinggi samada awam atau swasta serta Politeknik Malaysia khasnya untuk mewajibkan semua pelajar mengikuti program atau kursus bersama pasukan beruniform demi negara tercinta

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Zuraiti Hj Che Amat, Hj Hazril Hisham Hussin, & Khairul Safuan Mohamad Isa. (2024). Kepentingan Semangat Cintakan Negara Di Kalangan Para Pelajar Politeknik Malaysia Melalui Penglibatan Bersama Pasukan Beruniform. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/113

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.