Penawaran e-Sukan Sebagai Salah Satu Pilihan Kursus Sukan di Politeknik Malaysia: Manfaat Dan Cabaran

Authors

  • Noor Afizah Atan Politeknik METrO Johor Bahru
  • Maria Mohd Yatim Politeknik METrO Johor Bahru
  • Wido Mes Wati Sukadi Politeknik METrO Johor Bahru

Keywords:

Covid-19, e-sukan, kursus, manfaat dan cabaran.

Abstract

Penularan pandemik COVID-19 dan ledakan kemajuan teknologi telah banyak mengubah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam kursus sukan di Politeknik. Ini dapat dilihat apabila pelaksanaan PdP sukan yang biasanya dilaksanakan secara bersemuka dan melibatkan pergerakan fizikal telah bertukar kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (PdPDT) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19. Medium pengajaran dan pembelajaran paradigma baru ini telah menyebabkan warga pendidik seluruh negara mula merasakan situasi yang sukar dalam memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan, sesi pembelajaran tidak tertangguh dan penilaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Dalam satu kajiselidik yang dijalankan oleh Unit Pengajian Umum, Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berkenaan status pelaksanaan kursus sukan dan kokurikulum di semua politeknik bagi Sesi Jun 2020 mendapati, 28 daripada 31 politeknik telah menangguhkan penawaran kursus sukan bagi sesi Jun 2020 kepada pelajar berikutan penularan pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu penawaran Electronic Sport atau lebih dikenali sebagai e-sukan boleh dilihat sebagai satu alternatif kursus yang boleh ditawarkan kepada pelajar untuk masa hadapan. Sehubungan itu artikel ini membincangkan manfaat dan cabaran pelaksanaan e-sukan sebagai salah satu kursus pilihan dikalangan pelajar politeknik bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan kursus sukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Noor Afizah Atan, Maria Mohd Yatim, & Wido Mes Wati Sukadi. (2024). Penawaran e-Sukan Sebagai Salah Satu Pilihan Kursus Sukan di Politeknik Malaysia: Manfaat Dan Cabaran . Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/128

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.