Status Indeks Jisim Badan Pelajar Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru
Keywords:
Lebihan berat badan, guru pelatih, obesiti ,BMIAbstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti status Indeks Jisim badan (BMI) ke atas 39 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Zon Selatan bagi pengkhususan Pendidikan Jasmani. Pengiraan Indeks Jisim Badan ini berkait rapat dengan ketinggian dan berat badan individu. Menurut Butcher, (1999) ramai guru pendidikan jasmnai di sekolah mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Masalah ini juga tururt memberi impak yang besar proses pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan aktiviti fizikal khususnya dalam kalangan guru opsyen Pendidikan Jasmani. Guru pendidikan jasmani perlu mengawal dan memanatau berat badan supaya tidak akan membataskan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan keberkesanan mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah, masalah lebihan berat dan obesiti dalam kalangan guru pelatih perlu dikenal pasti dari awal sebelum mereka mendapat penempatan di sekolah. Oleh itu, seramai 39 orang pelajar IPG bagi pengkhususan pendidikan jasmani telah ditimbang untuk mengenalpasti status Indeks Jisim Badan (BMI). Dapatan kajian menunjukkan 25.6% pelajar berada dalam kategori kurang berat badan, 10.3% orang mempunyai lebihan berat badan dan 7.7% pelajar dalam kategori obes. Seramai 56.7% orang mempunyai berat badan yang unggul. Pelajar yang melebihi berat ideal atau normal akan diberikan program intervensi yang akan dirancang pada masa akan datang.