Tahap Amalan Penjagaan Kebersihan Dan Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Metro Johor Bahru
Keywords:
Penjagaan Kebersihan, Gaya Hidup Sihat, PelajarAbstract
Amalan kebersihan yang tinggi dan gaya hidup sihat yang baik menjadi aspek penting bagi setiap individu terutamanya semasa negara dilanda Pandemik Novel Corona Virus (COVID-19). Umum mengetahui amalan kebersihan yang lemah menjadi sebab utama dalam peningkatan penyakit berjangkit, yang kerap berlaku di negara-negara membangun. Begitu juga aspek amalan gaya hidup sihat yang kurang menyebabkan peningkatan masalah berkaitan kesihatan fizikal dan kesihatan mental. Justeru itu, setiap individu perlu memahami dan mengamalkan asas kebersihan dan gaya hidup sihat dengan cara yang betul. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap amalan penjagaan kebersihan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar Politeknik METrO
Johor Bahru. 100 reponden diperlukan dalam menjalankan kajian tinjauan dan dilakukan secara rawak. Soal selidik diedarkan kepada pelajar menggunakan Google Form. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi) dan Bahagian B (Pengetahuan, Amalan Penjagaan Kebersihan, dan Amalan Gaya Hidup Sihat). Data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisa menggunakan Perisian SPSS23. Dapatan menunjukkan aspek pengetahuan, amalan penjagaan kebersihan, dan amalan gaya hidup sihat telah mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu diantara Nilai Min 3.68 – Nilai Min 5.00. Diharap, hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar Politeknik METrO Johor Bahru terhadap pentingnya menjaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya ketika negara dilanda COVID-19.