Kajian Pelaksanaan Kursus DRS 2001 (Kokurikulum Sukan) di Politeknik Metro Johor Bahru

Authors

  • Nurul Hana Ab Nasir Politeknik METrO Johor Bahru
  • Rafidah Jusoh Politeknik METrO Johor Bahru

Keywords:

Kokurikulum Sukan, Fasiliti Sukan, Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Komunikasi

Abstract

Kajian bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kursus Kokurikulum Sukan (DRS 2001) bagi pelajar di Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB). Terdapat empat kursus sukan yang ditawarkan di bawah kerangka kursus DRS 2001 di PMJB iaitu ping pong, bola jaring, futsal dan catur. Empat kursus sukan ini ditawarkan berdasarkan keberadaan pensyarah yang bertindak sebagai jurulatih bagi kursus berkenaan. Pelajar diberikan peluang menyertai kursus sukan pilihan masing-masing berdasarkan kekosongan jumlah pelajar dalam setiap kursus yang ditawarkan. Objektif kajian ialah mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kursus DRS 2001 di PMJB yang mana terdapat kekurangan dari aspek fasiliti sukan berbanding politeknik lain kerana
politeknik ini terletak di unit rumah kedai. Kajian juga bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap hasil kursus berkenaan dalam memantapkan kemahiran kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian adalah seramai 153 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Metro Johor Bahru yang telah mengambil kursus berkenaan pada sesi pengajian Disember 2018, Jun 2019 dan Disember 2019. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi daripada instrumen dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan skor min 4.12 dengan peratusan 75.2% pelajar suka dengan tawaran kursus kokurikulum sukan di PMJB. 68% pelajar menyifatkan bahawa fasiliti untuk pengajaran dan pembelajaran kursus DRS 2001 di PMJB adalah baik dengan nilai skor min di tahap tinggi, 3.94 walaupun tidak adanya kemudahan gelanggang futsal dan bola jaring. Terdapat 72.6% pelajar, skor min 4.07 menyatakan keyakinan mereka untuk menguruskan pertandingan sukan selepas mereka mengikuti kursus. Dalam aspek peningkatan kemahiran komunikasi, dapatan menunjukkan lebih 50% pelajar dapat melakukan setiap sub kemahiran yang disenaraikan dengan kemahiran bertolak ansur dalam mendengar pandangan mencatatkan dapatan melebihi 75% pelajar. Berdasarkan kajian, adalah tidak menjadi keperluan bagi sesebuah institusi pengajian tinggi untuk dilengkapkan dengan fasiliti sukan kerana pelajar dapat mengadaptasikan diri dengan pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Nurul Hana Ab Nasir, & Rafidah Jusoh. (2024). Kajian Pelaksanaan Kursus DRS 2001 (Kokurikulum Sukan) di Politeknik Metro Johor Bahru. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/132

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.