KAJIAN KEPERLUAN PENGIRAAN FI KEBENARAN MERANCANG (FiKM)

Authors

  • Rozaimi Majid Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Mohd Hafeez Mohd. Soid Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Siti Noor Zilawati Minhad Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Faezah Yahya Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia

Keywords:

fi kebenaran merancang, perunding, pihak berkuasa tempatan

Abstract

Kebenaran Merancang merupakan alat kawalan perancangan dan pembangunan tanah yang mengenakan ke atas sesuatu permohonan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang melaksanakan pengawalan perancangan sama ada ke atas orang perseorangan atau pemaju. Sesiapa boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merancang. Dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen, pelan dan bayaran (fi) sepertimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah pengawalan perancangan. Oleh itu, projek sistem pengiraan Fi Kebenaran Merancang (e-FiKM) berasaskan Web dibangunkan selari dengan dasar ICT Negara ke arah Revolusi industri 4.0. e-FiKM dibangunkan sebagai membantu meringankan beban kerja PBPT. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sistem sedia ada dalam pengiraan Fi Kebenaran Merancang (FiKM), proses sedia ada dalam pengiraan FiKM, dan keperluan satu sistem khas dalam pengiraan FiKM. Dalam kajian ini, dua pihak yang menjadi teras utama atau pengguna utama di dalam sistem FiKM iaitu Perunding Perancangan Bandar dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Borang kaji selidik keperluan sistem pengiraan FiKM berasaskan web dijalankan secara atas talian dan telah dibuka selama tiga minggu bagi mendapatkan respon. Hasil kajian menunjukkan nilai skor min keseluruhan untuk analisis faktor keperluan sistem pengiraan Fi kebenaran merancang ialah 2.98 (sederhana). Hasil daripada ini, jelaslah menunjukkan bahawa sistem pengiraan Fi kebenaran merancang perlu untuk PBPT sama ada sebagai kemudahan pengiraan, proses dan penyimpanan rekod dan juga urusan-urusan lain yang berkaitan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Rozaimi Majid, Mohd Hafeez Mohd. Soid, Siti Noor Zilawati Minhad, & Faezah Yahya. (2020). KAJIAN KEPERLUAN PENGIRAAN FI KEBENARAN MERANCANG (FiKM). Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/163

Similar Articles

<< < 1 2 3 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.