KESEDIAAN PELAJAR DALAM PEMBANGUNAN PROJEK AKHIR BERASASKAN IOT DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Authors

  • Norhayati Sa'adah Binti Che Abd Razak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
  • Nor Syahadataini Binti Awang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu

Keywords:

IoT, Kesediaan, Projek Akhir

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti kesediaan pelajar semester lima di JTMK, PSMZAmengaplikasikan Internet Of Things (IoT) dalam pembangunan projek akhir. Seramai 119 responden iaitu pelajar yang semester lima yang akan megambil projek semester akhir di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasu (JTMK) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) merupakan responden kajian ini. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang dibangunkan berdasarkan sorotan kajian yang telah dibuat. Ujian kesahan dan kebolehpercaayaan terhadap instrumen telah dilaksanakan dan kesahan menunjukkan nilai Pearson adalah pada tahap yang baik bagi setiap item. Dapatan daripada kajian telah menjawab persoalan kajian iaitu mengenal pasti kesediaan pelajar semester lima di JTMK, PSMZAmenggunakan IoT dalam pembangunan projek akhir. Daripada analisis menunjukkan pelajar bersedia untuk menggunakan IoT dalam pembangunan projek akhir pelajar berdasarkan skor min tertinggi pada item B7 dan B4. Ini menunjukkan, pelajar mempunyai minat untuk belajar mengenai pembangunan projek ahir menggunakan IoT bagi pembangunan projek akhir.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Norhayati Sa’adah Binti Che Abd Razak, & Nor Syahadataini Binti Awang. (2020). KESEDIAAN PELAJAR DALAM PEMBANGUNAN PROJEK AKHIR BERASASKAN IOT DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/171