Enap Cemar Sebagai Bahan Ganti Pasir Dalam Bancuhan Bata Simen Pasir
Keywords:
bata, enapcemar,ujikaji resapan air, ujikaji mampatanAbstract
Enap cemar merupakan bahan buangan akhir yang boleh didapati melalui beberapa proses rawatan air bersih mahupun air sisa. Peningkatan penghasilan buangan enap cemar semakin bertambah selaras dengan pertambahan penduduk, penggunaan air dan juga penghasilan air sisa. Kuantiti enap cemar yang semakin meningkat perlu diolah supaya menjadi inovasi yang boleh digunapakai dalam melestarikan alam sekitar. Bata pula merupakan satu elemen penting di dalam isndustri pembinaan dan juga kejuruteraan. Penggunaan bata semakin meningkat seiring dengan perkembangan pesat industri pembinaan. Inovasi dalam penghasilan bata yang lebih efisen, mesra alam sekitar dan lebih kukuh semakin mendapat perhatian. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kebolehgunaan enapcemar sebagai salah satu bahan tambah dalam penghasilan bata simen dan menjalankan ujikaji mampatan serta ujikaji penyerapan air bagi bata yang telah siap. Kajian ini telah dijalankan mengikut piawaian Malaysian Standard MS17(1972) di mana peratusan enapcemar yang digunapakai adalah mengikut komposisi 0%, 3% dan 6%. Pada akhir ujikaji, didapati bata yang mengandungi komposisi enapcemar sebanyak 3% adalah memberikan bacaan optimum dan mengikut piawaian yang ditetapkan di dalam Malaysian Standard iaitu; ujikaji mampatan memberikan bacaan sebanyak 6.03MPa dan 6.46MPa berbanding keperluan minimum di dalam Malaysian Standard iaitu 5.2 MPa. Melalui ujikaji penyerapan air pula, bata berkomposisi 3% enapcemar telah memberikan bacaan sebanyak 6.47% berbanding 7% seperti yang digariskan oleh Malaysian Standard.