PENGURUSAN RISIKO INSOLVENSI ANTARA BIMB DAN CIMB ISLAMIC

Authors

  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Mohd. Shawal Sidek

Keywords:

BIMB, CIMB Islamic Bank, nisbah kewangan

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perbezaan tahap risiko insolvensi di perbankan Islam antara CIMB Islamic bank (subisidari Bank Islam) dan BIMB (perbankan Islam penuh), adakah CIMB lebih terdedah pada risiko insolvensi berbanding dengan BIMB. Adakah jenis perbankan Islam memainkan peranan penting mempengaruhi tahap pendedahan risiko insolvensi terhadap Bank Islam tersebut dan apakah faktor yang menyumbang kepada risiko insolvensi. Kajian ini menggunakan data tahunan kedua-dua bank dari tahun 2005 hingga 2014 serta kaedah kuantitatif, nisbah kewangan sebagai alat ukuran risiko insolvensi. Hasil kajian ini mendapati bahawa perbezaan jenis perbankan Islam bukan faktor utama yang menyumbang pada risiko insolvensi tetapi sebaliknya struktur modal sesebuah Bank Islam itu sendiri. Tanpa mengira jenis
perbankan Islam sama ada sepenuhnya atau subsidiari, struktur modal yang dipantau menggunakan nisbah kewangan seperti DER, EM dan LDR perlu diberikan penekanan untuk menguruskan risiko insolvensi dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, & Mohd. Shawal Sidek. (2020). PENGURUSAN RISIKO INSOLVENSI ANTARA BIMB DAN CIMB ISLAMIC. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/176