KEMAHIRAN GENERIK DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PUO

Authors

  • Sharinatol Akmanida
  • Seri Bunian Mokhtar Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

kemahiran generik; globalisasi; k-ekonomi

Abstract

Globalisasi dan k-ekonomi sering dikaitkan dengan permintaan pekerjaan. Dunia pascamoden menjadikan cabaran yang sengit dihadapi oleh masyarakat dalam melopori permintaan pekerjaan dan mempertahankan kerja yang diperolehi untuk memenuhi pertumbuhan ekonomi dan globalisasi. Kajian tinjauan ini dilakukan bagi meninjau tahap kemahiran generik (KG) dalam kalangan pelajar Kejuruteraan. Seramai 72 responden dari pelajar Jabatan Kejuruteraan terlibat dalam kajian ini. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi, min, ujian – t dan ANOVA dengan bantuan SPSS 21 for windows. Pembolehubah yang dikaji antaranya ialah kemahiran mengumpul dan menganalisa maklumat; kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pembelajaran berterusan, kemahiran mengunakan teknologi, keusahawanan, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kepimpinan serta kualiti peribadi. Hasil analisis mendapati terdapat tidak perbezaan yang signifikan antara tahap KG berbanding jantina, jabatan dan keputusan HPNM pelajar. Dapatan kajian menunjukkan min bagi 10 domain pembolehubah bagi KG pelajar Jabatan Kejuruteraan secara keseluruhannya memiliki tahap KG yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-01

How to Cite

Sharinatol Akmanida, Seri Bunian Mokhtar, & Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub. (2019). KEMAHIRAN GENERIK DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PUO. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 5(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/203