PENILAIAN KETETAPAN NILAI KETINGGIAN DENGAN MENGGUNAKAN IMEJ UNMANNED AERIAL VEHICLE
ASSESSMENT OF ALTITUDE VALUE DETERMINATION USING UNMANNED AERIAL VEHICLE IMAGES
Keywords:
Unmanned Aerial Vehicle, Digital Elevation Model (DEM, Root Mean Square Error (RMSE), Titik Kawalan Bumi (GCP)Abstract
Kebanyakan kajian imej Unmanned Aerial Vehicle (UAV) memfokuskan pada nilai koordinat mendatar iaitu X dan Y sahaja. Kajian ini telah mengkaji tentang penilaian ketepatan dalam koordinat ketinggian (Z) dengan menggunakan imej UAV berdasarkan data cerapan ketinggian ortometrik. Titik kawalan (GCP) dan titik semakan (CP) telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah Jaringan Kinematik Masa Hakiki (RTK) dan ukur aras. Analisis telah dilaksanakan berdasarkan perbandingan titik koordinat ketinggian (Z) diantara digital ortofoto dan ukur aras. Nilai Root Mean Square Error (RMSE) bagi koordinat ketinggian (Z) berdasarkan 12 titik-titik semakan adalah <0.500 meter. Kesimpulannya, imej UAV boleh digunakan untuk menghasilkan Digital Elevation Model (DEM) yang memberikan nilai koordinat ketinggian dengan ketepatan sub-meter.