Keharmonian Negara Malaysia Melalui Rukun Negara: Tinjauan Terhadap Mahasiswa Politeknik Ungku Omar
Keywords:
Rukun Negara; Keharmonian; MahasiswaAbstract
Rukun Negara adalah manifesto falsafah negara yang telah ditetapkan selama bertahun-tahun. Ia bertujuan untuk memastikan masyarakat dari pelbagai kaum di negara ini hidup bersama dan bersatu padu. Artikel ini ditulis adalah untuk mengkaji tahap kesedaran tentang peranan Rukun Negara sebagai medium keharmonian di Malaysia dan keprihatinan dalam memastikan prinsip rukun negara terus relevan sebagai medium pembinaan dalam kalangan para pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO). Kajian ini melibatkan 212 responden yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dengan melihat data secara diskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Perisian digunakan untuk menganalisis keputusan kajian iaitu dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa keprihatinan pelajar PUO terhadap prinsip rukun negara dan tahap kesedaran para pelajar di PUO tentang peranan Rukun Negara sebagai medium keharmonian di Malaysia berada pada tahap yang sangat tinggi dengan keseluruhan min item melebihi 4.21. Ini jelas menunjukkan bahawa para pelajar di PUO menyedari akan peranan Rukun Negara dalam mengharmonikan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah penting untuk meningkatkan pemahaman tentang kedudukan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam pengetahuan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Kajian ini perlu dibuat secara meluas lagi di seluruh institusi di Malaysia supaya dapat mengenalpasti tahap kesedaran golongan muda terhadap prinsip Rukun Negara.