Penggunaan Facebook Page Untuk Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Komuniti TVET

Authors

  • Seri Bunian Mokhtar Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Azizah Haron @ Hassan Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Kamarudin Yunus Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

Pembelajaran kolaboratif, Pembelajaran teradun, Media Sosial

Abstract

Projek tahun akhir (FYP) adalah satu kursus yang memerlukan maklumat terkini, isu terkini dan interaksi terpantas secara kolobaratif. Facebook merupakan platform popular yang boleh memudahkan aktiviti pembelajaran atas talian. Satu Facebook Page (FB Page) telah dibangunkan untuk kursus projek tahun akhir dan digunakan untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kursus dan memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran menulis kajian dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi pengguna terhadap penggunaan FB Page yang dibangunkan sebagai sumber pembelajaran. Untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap kursus FYP di halaman Facebook, data telah dikumpulkan melalui soal selidik dan melalui cerapan aktiviti FB Page yang diperolehi dari statistik harian yang dikeluarkan oleh FB. Cerapan aktiviti pada FB Page telah diambil pada Jun 2020 sehingga Jun 2022, kira-kira lebih 1 tahun pengunaan FB Page tersebut. Soal selidik telah disediakan kepada 12 pelajar yang mengambil FYP semester 5 Sesi Jun dan Disember 2019, yang mana mereka diminta untuk melengkapkannya dan menyerahkannya kepada penyelia FYP. Soal selidik terdiri daripada 5 konstruk iaitu Sikap terhadap pembelajaran kemahiran menulis kajian melalui FB, Persepsi peningkatan kemahiran menulis kajian melalui FB, Pembelajaran kolaboratif, Niat Menggunakan Media Sosial dan Kepuasan Pengguna. Semua analisis telah dijalankan menggunakan pakej perisian statistik IBM SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan FB Page ini berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan meningkatkan kemahiran menulis penyelidikan dalam kalangan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-26

How to Cite

Seri Bunian Mokhtar, Azizah Haron @ Hassan, & Kamarudin Yunus. (2024). Penggunaan Facebook Page Untuk Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Komuniti TVET. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 109–117. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/44

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.