Tahap Penguasaan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dikalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
Keywords:
: kemahiran generik; kemahiran komunikasi; kemahiran berkumpulan; kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, kemahiran etika dan professional.Abstract
Kemahiran generik merupakan salah satu penilaian afektif yang diukur dikalangan pelajar Politeknik Malaysia. Kemahiran generik berkait rapat dengan perasaan, emosi, sikap, jati diri, minat dan nilai seseorang individu terutama pelajar dalam pembangunan modal insan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang melibatkan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran etika dan profesional. Kajian ini melibatkan 407 orang responden yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan semester yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan statistikal deskriptif bagi menilai min, sisihan piawai dan frekuensi dan analisis inferensi digunakan untuk membuat ujian-t bagi melihat perbezaan yang signifikan untuk kelima-lima elemen kemahiran generik terhadap jantina responden. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for social science. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran generik bagi kelima-lima item adalah tinggi iaitu nilai min antara 4.04 dan 4.28. Dapatan Kajian bagi ujian-t menunjukkan kemahiran generik dari aspek kemahiran etika dan professional menunjukkan nilai p = 0.01 < α 0.05, dimana terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini penting buat pensyarah bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran generik dikalangan pelajar.