Meneroka Keberkesanan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) Terhadap Program TVET
Keywords:
Hasil Pembelajaran Program (PLO), Hasil Program (PO) Hasil kursus (CO) Objektif Pembelajaran Program (PEO)Abstract
Jaminan kualiti pendidikan menjadi teras untuk memastikan mutu pendidikan sentiasa dijaga dengan menggunakan kaedah pengukuran penilaian yang sistematik secara berterusan. Program TVET in Politeknik Malaysia merupakan antara program pembelajaran kemahiran tenaga manusia separuh mahir dan mahir yang telah wujud melebihi empat puluh tahun. Ianya merupakan satu matlamat bagi menghasil dan membekal sumber tenaga manusia yang berkualiti agar mampu menempuh cabaran persekitaran global yang dinamik dan mencabar. Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) telah digunakan dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di kebanyakan institusi pendidikan. Kajian ni bertujuan untuk menilai keberkesanan pendidikan berasaskan hasil (OBE) ke atas program TVET. Program Diploma Pengurusan Pelancongan telah dipilih untuk mengukur keberkesanan perlaksanaan diperingkat institusi TVET. Keputusan menunjukkan bahawa graduat program ini telah mencapai tahap melebihi 50% daripada pencapaian program dan hasil yang telah ditetapkan. Pencapaian graduat terdahulu telah dijadikan kayu pengukur bagi penambahbaikan dan pemurnian kurikulum dan program ke atas pelajar-pelajar kohort baru. Pencapaian tersebut telah membantu tenaga pengajar, dan institusi untuk meningkatkan lagi persediaan, dan kemahiran pelajar dengan kerjasama pihak industri.