Analisis Kualiti Air Menggunakan Penapis Easy Micron Water Filter
Keywords:
Penapis air; air sungai; kelas airAbstract
Penapis air biasanya bertujuan untuk menyaring air mentah supaya kualiti air bertukar menjadi bersih dan selamat untuk digunakan. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan untuk membantu menyelesaikan masalah sisa buangan plastik seperti botol mineral yang selalu ditinggalkan oleh pengunjung yang mendaki, berkhemah atau menjelajah hutan di sekitar Sungai Lembing. Iaitu melalui penghasilan Easy Micron Water Filter (EMF) yang berciri mudah alih, mampu menyaring air mentah menjadi air bersih dan selamat untuk diminum serta boleh digunakan oleh para pengunjung yang datang dengan tanpa perlu membeli botol mineral diharapkan mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengusaha rekreasi di sekitar Sungai Lembing. Sebanyak 6 sampel air sungai dari Sungai Lembing diuji iaitu 3 sampel tanpa menggunakan EMF dan 3 sampel lagi dengan menggunakan EMF. Hasil ujian, didapati air mentah tanpa menggunakan EMF diklasifikasikan dalam Kelas II dan air mentah setelah menggunakan EMF diklasifikasikan sebagai Kelas I. Ini menunjukkan bahawa EMF mampu menyaring air berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan dan boleh digunakan oleh setiap pengunjung yang datang bagi membantu mengurangkan sisa botol mineral yang selalu ditinggalkan di sepanjang Sungai Lembing.