Tingkah Laku Pengurusan Kewangan Peribadi Pelajar Perakaunan: Kajian Ke Atas Pelejar Politeknik Kota Kinabaru, Sabah

Authors

  • Noranizah Johari Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

Tingkah laku, pengurusan kewangan peribadi, pengetahuan kewangan

Abstract

Pengurusan kewangan peribadi merupakan isu penting yang hangat diperdebatkan ketika ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan modal insan. Ilmu dalam kewangan dilihat sebagai keupayaan individu menggunakan pengetahuan serta kemahiran bagi menguruskan sumber kewangan dengan berkesan bagi mencapai kesejahteraan kewangan sepanjang hayat. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bagi menilai tingkah laku pelajar berkaitan dengan pengurusan kewangan peribadi mereka. Sampel kajian yang dipilih adalah Pelajar Perakaunan, Jabatan Perdagangan yang terdiri daripada semester 1 sehingga 6. Seramai 119 orang pelajar telah menjawab soal selidik yang diedarkan melalui pautan Google Form yang diedarkan secara rawak dan data yang telah diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati, tingkah laku pengurusan kewangan peribadi pelajar adalah baik atau positif yang mana jawapan yang diberikan oleh para responden adalah pengurusan kewangan peribadi yang efektif diterapkan di dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga akan membantu para institusi untuk mengenal pasti tingkah laku pengurusan kewangan peribadi pelajar dan tindakan bagi mempertingkatkan pengurusan kewangan peribadi boleh diambil bagi menjaga kesejahteraan kewangan peribadi para pelajar di Politeknik Kota Kinabalu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Noranizah Johari, & Dicky Wiwittan Toto Ngadiman. (2024). Tingkah Laku Pengurusan Kewangan Peribadi Pelajar Perakaunan: Kajian Ke Atas Pelejar Politeknik Kota Kinabaru, Sabah. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/101

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.