Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Dari Persepsi Pelajar di Politeknik METro Johor Bahru

Authors

  • Mohd Yusof Tawang Politeknik METro Johor Bahru
  • Mohd Ghadafi Shari Politeknik METrO Johor Bahru
  • Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan Politeknik METro Johor Bahru

Keywords:

persepsi, penglibatan, kokurikulum, pelajar

Abstract

Pendidikan secara tidak formal melalui kokurikulum dan aktiviti di luar kelas merupakan suatu yang penting di Institusi Pengajian Tinggi. Kajian dijalankan adalah mengkaji persepsi pelajar di dalam penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum. Bagi melihat persepsi pelajar di dalam penglibatan aktiviti kokurikulum, kajian terbahagi kepada lima persepsi iaitu Penglibatan, Pelaksanaan, Sahsiah Peribadi, Sikap Pelajar, dan Kepimpinan Pelajar. Soal selidik telah diubahsuai dari kajian lepas yang merangkumi empat maklumat demografi iaitu jantina, umur, bangsa, dan status. Kajian ini telah dibahagikan kepada lima bahagian berdasarkan kepada lima persepsi yang dipilih. Sampel kajian terdiri daripada 101 pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) yang dipilih secara rawak. Analisa min bagi kajian menggunakan “Statistics Package of the Social Science” (SPSS25). Kajian ini mendapati nilai Alpha Croanbach untuk kelima-lima persepsi adalah melebihi tanda aras yang telah ditetapkan iaitu 0.6. Skala lima likert digunakan dan dapatan min bagi setiap persepsi kajian mendapati Sahsiah Peribadi (M=4.248), Perlaksanaan (M=4.119), Kepimpinan Pelajar (M=4.093), Sikap Pelajar Ketika Berkumpulan (M=4.040), dan min paling rendah adalah Penglibatan (M=3.968). Kesimpulan, kajian ini telah berjaya mencapai objektif kajian dan implikasi dari kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan di dalam melihat persepsi pelajar semasa menglibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Mohd Yusof Tawang, Mohd Ghadafi Shari, & Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan. (2024). Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Dari Persepsi Pelajar di Politeknik METro Johor Bahru. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/103

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.