Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Dari Persepsi Pelajar di Politeknik METro Johor Bahru
Keywords:
persepsi, penglibatan, kokurikulum, pelajarAbstract
Pendidikan secara tidak formal melalui kokurikulum dan aktiviti di luar kelas merupakan suatu yang penting di Institusi Pengajian Tinggi. Kajian dijalankan adalah mengkaji persepsi pelajar di dalam penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum. Bagi melihat persepsi pelajar di dalam penglibatan aktiviti kokurikulum, kajian terbahagi kepada lima persepsi iaitu Penglibatan, Pelaksanaan, Sahsiah Peribadi, Sikap Pelajar, dan Kepimpinan Pelajar. Soal selidik telah diubahsuai dari kajian lepas yang merangkumi empat maklumat demografi iaitu jantina, umur, bangsa, dan status. Kajian ini telah dibahagikan kepada lima bahagian berdasarkan kepada lima persepsi yang dipilih. Sampel kajian terdiri daripada 101 pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) yang dipilih secara rawak. Analisa min bagi kajian menggunakan “Statistics Package of the Social Science” (SPSS25). Kajian ini mendapati nilai Alpha Croanbach untuk kelima-lima persepsi adalah melebihi tanda aras yang telah ditetapkan iaitu 0.6. Skala lima likert digunakan dan dapatan min bagi setiap persepsi kajian mendapati Sahsiah Peribadi (M=4.248), Perlaksanaan (M=4.119), Kepimpinan Pelajar (M=4.093), Sikap Pelajar Ketika Berkumpulan (M=4.040), dan min paling rendah adalah Penglibatan (M=3.968). Kesimpulan, kajian ini telah berjaya mencapai objektif kajian dan implikasi dari kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan di dalam melihat persepsi pelajar semasa menglibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.