Kesediaan Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Bagi Kursus Kokurikulum Di Politeknik Melaka

Authors

  • Abd Halim Mahat Politeknik Melaka, Malaysia
  • Mohamad Azwan Ikhwat Politeknik Melaka, Malaysia

Keywords:

e-pembelajaran, kokurikulum, pelajar diploma kejuruteraan awam

Abstract

Revolusi industri keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi telah membawa cabaran baru bagi semua sektor di negara ini, yang mengharuskan mereka membuat perubahan sesuai dengan transformasi digital agar tetap kompetitif. Oleh kerana seluruh dunia, termasuk Malaysia, sedang berjuang untuk mengatasi wabak Covid-19, melaksanakan proses pengajaran secara maya atau dalam talian telah menjadi keperluan mendesak dan penting. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau kekerapan penggunaan e-pembelajaran dalam seminggu dan kesediaan pelajar dari segi pengetahuan dalam proses e-pembelajaran kursus kokurikulum di kalangan pelajar Politeknik Melaka. Seramai 30 orang pelajar semester 1 dari program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka mengambil subjek kokurikulum seni landskap menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian yang diambil daripada kajian yang lepas dan analisis data menggunakan perisian Microsoft Excel 2016 bagi mendapatkan min dan peratus data. Secara keseluruhannya, tinjauan terhadap kekerapan penggunaan e-pembelajaran dalam seminggu adalah sederhana. Hanya 53.3 peratus pelajar yang menggunakan e-pembelajaran melebihi 5 kali seminggu. Tinjauan kesediaan pelajar dari segi pengetahuan dalam proses e-pembelajaran adalah tinggi dengan min 3.78. Hasil dapatan menunjukkan pelajar bersedia dengan e-pembelajaran dalam kursus kokurikulum. Pelajar juga mempunyai pengetahuan dalam e-pembelajaran dan bersetuju akan ketinggalan sekiranya tidak menggunakan e-pembelajaran. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan pengajaran maya atau dalam talian, seperti ketidakmampuan untuk mengakses internet dan memiliki peranti elektronik, itu tidak boleh dilihat sebagai penghalang pelaksanaan sepenuhnya kaedah epembelajaran ini. Pihak institusi atau agensi yang berkaitan perlu menyiasat semua aduan yang diterima dan membuat penambahbaikan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan berkesan pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Abd Halim Mahat, & Mohamad Azwan Ikhwat. (2024). Kesediaan Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Bagi Kursus Kokurikulum Di Politeknik Melaka. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/114