Kajian Keberkesanan Aplikasi Chatbot Telegram "Taksonomi Mypolycc" Di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Authors

  • Muhammad Firdaus Che Radzi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis Malaysia
  • Sarah Jewahid Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis Malaysia

Keywords:

Taksonomi Bloom, chatbot, domain kognitif

Abstract

Taksonomi Pembelajaran Bloom merupakan satu model hierarki yang digunakan dalam system pendidikan sebagai rujukan untuk menilai aspek-aspek pembelajaran. Taksonomi Bloom mengelaskan objektif pendidikan dalam tiga domain utama iaitu kognittif, psikomotor dan afektif. Taksonomi Bloom digunakan oleh tenaga pengajar sebagai panduan untuk membangunkan soalan penilaian bagi memastikan penilaian yang dilaksanakan dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Taksonomi Pembelajaran Bloom pada kebiasaanya boleh didapati dalam bentuk dokumen secara fizikal mahupun digital. Pencarian kata kerja atau aras domain yang bersesuaian secara manual daripada dokumen tersebut boleh mengambil masa yang lama kerana pensyarah perlu meneliti setiap patah perkataan satu persatu memandangkan terdapat banyak kata kerja dalam taksonomi tersebut. Penelitian yang tinggi diperlukan bagi mengelakkan pensyarah tersalah memilih kata kerja atau aras domain yang ingin diuji. Justeru, inovasi Chatbot Telegram “Taksonomi MyPolycc” dibangunkan untuk memudahkan pensyarah merujuk Taksonomi Politeknik untuk domain kognitif semasa menggubal kurikulum atau penilaian. Inovasi ini menggunakan platform Chatbots dalam aplikasi Telegram sebagai enjin carian kata kunci dan carian aras untuk domain kognitif dalam Taksonomi tersebut. Hasil maklum balas pensyarah terhadap aplikasi ini adalah sangat positif dan mereka menerima baik aplikasi ini dimana hasil analisis data masing-masing mendapat skor min lebih daripada 4. Secara kesimpulan, inovasi yang dibangunkan ini berjaya menjadi pemudahcara dalam salah satu proses pendidikan. Inovasi ini boleh dikembangkan lagi dengan memasukkan elemen domain psikomotor dan afektif agar rujukan melalui platform ini menjadi lebih lengkap

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Muhammad Firdaus Che Radzi, & Sarah Jewahid. (2024). Kajian Keberkesanan Aplikasi Chatbot Telegram "Taksonomi Mypolycc" Di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/99

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.