Penguasaan Kemahiran Insaniah Melalui Pembelajaran Dalam Talian Bagi Kursus Kokurikulum Di Politeknik METrO Johor Bahru

Authors

  • Nurlinda Abdullah Politeknik METrO Johor Bahru
  • Siti Fatimatuz Zahra Hussin Politeknik METrO Johor Bahru
  • Nur Afiqah Hashim Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Kokurikulum, kemahiran insaniah, kemahiran, pembelajaran dalam talian

Abstract

Dalam dunia pekerjaan yang serba mencabar, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetap juga kemahiran insaniah juga diberi perhatian serius oleh majikan ke atas graduan sebelum diterima bekerja di syarikat mereka. Proses menerapkan kemahiran ini dalam diri pelajar perlu sejak mereka berada di institusi pengajian tinggi lagi. Ianya boleh dicapai melalui kursus wajib seperti aktiviti kokurikulum. Oleh itui, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap kemahiran insaniah dari segi kerja berpasukan, kepimpinan, berkomunikasi dan juga pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah. Pengkaji memilih sampel kajian yang terdiri daripada 115 orang pelajar Politeknik METrO Johor Bahru yang mengambil kursus kokurikulum di mana proses pembelajaran dan pengajarannya dilaksanakan dalam talian. Pengkaji melaksanakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan di mana soalselidik digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian yang digariskan oleh pengkaji. Instrumen kajian merupakan satu set soalselidik yang dianalisa secara diskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kemahiran insaniah pelajar Politeknik METrO Johor Bahru yang mengambil kursus kokurikulum secara dalam talian adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 3.76 di mana tahap kemahiran kerja berpasukan adalah 3.78, kemahiran kepimpinan adalah 3.69, kemahiran komunikasi adalah 4.02 dan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah adalah 3.55. Data kajian ini telah didapati daripada soalselidik dan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhannaya, tahap penguasaan tahap kemahiran insaniah yang dicapai oleh pelajar PMJB adalah pada tahap yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Nurlinda Abdullah, Siti Fatimatuz Zahra Hussin, & Nur Afiqah Hashim. (2024). Penguasaan Kemahiran Insaniah Melalui Pembelajaran Dalam Talian Bagi Kursus Kokurikulum Di Politeknik METrO Johor Bahru. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/122

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.