TINJAUAN KEPERLUAN KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DALAM KALANGAN KOMUNITI PENGERANG : KAJIAN KES KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Authors

  • Suhana Sanatora Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
  • Noraini Omar Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
  • Zuraini Din Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor

Keywords:

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), komuniti setempat, Keperluan Kursus,

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kluster kursus PSH yang menjadi pilihan komuniti Pengerang. Saiz sampel kajian adalah sebanyak 382 sampel bagi polulasi kawasan kajian iaitu seramai 70, 043 orang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebahagian daripada instrumen kajian menggunakan skala likert dan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach terhadap instrumen kajian adalah 0.701 yang menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan boleh diterima pakai. Hasil kajian terhadap latar belakang responden mendapati peserta kursus perempuan mendominasi kursus PSH di KKBP iaitu sebanyak 64%, umur peserta kursus PSH secara umumnya di antara 15 – 20 tahun iaitu 54%, responden yang memiliki PMR, SPM dan STPM adalah sebanyak 79% dan 41% responden tidak bekerja. Kajian menunjukkan bahawa terdapat empat (4) kluster kursus PSH yang mendapat skor min sederhana iaitu kursus Komputer Dan Teknologi Maklumat, Perniagaan Dan Keusahawanan, Katering Dan Sajian serta Kerohanian Dan Keagamaan. Ini menunjukkan empat kluster kursus ini mendapat permintaan yang tinggi bagi komuniti Pengerang. Manakala kluster kursus PSH yang berkaitan Teknologi Pembinaan Dan Penyelenggaraan Bangunan mendapat skor yang terendah iaitu min 2.06. Selain itu responden mencadangkan kursus PSH dianjurkan dengan kadar bayaran yuran yang rendah, tempoh masa kursus yang pendek iaitu satu (1) hari atau kurang dan penganjuran kursus di hujung minggu. Adalah menjadi harapan pihak pengurusan di KKBP untuk merancang kursus yang lebih relevan bagi komuniti setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Suhana Sanatora, Noraini Omar, & Zuraini Din. (2020). TINJAUAN KEPERLUAN KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DALAM KALANGAN KOMUNITI PENGERANG : KAJIAN KES KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1), 1–10. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/148

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.