SIKAP DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN TERHADAP PENDEKATAN FLIPPED CLASSROOM BAGI PENGAJIAN UMUM BERTERASKAN PENDIDIKAN ISLAM DI POLITEKNI

Authors

  • Siti Zaharah Setapa Politeknik Ungku Omar, Malaysia
  • Azmil Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Hubungan sikap terhadap pencapaian, aktiviti pembelajaran, flipped classroom, Pendidikan Islam

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap pelajar dalam aktiviti pembelajaran terhadap pendekatan flipped classroom dan melihat hubungan antara sikap pelajar terhadap aktiviti pembelajaran flipped classroom dengan pencapaian. Kajian ini menggunakan sepenuhnya soal selidik untuk mengumpul data. Persampelan secara rawak mudah telah dipilih dalam melaksanakan kajian ini terhadap 309 pelajar. Pengkaji menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi untuk menganalisis data. Dapatan kajian terhadap sikap responden secara umumnya adalah positif. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sikap mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini ialah sikap memainkan peranan penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Siti Zaharah Setapa, & Azmil Hashim. (2020). SIKAP DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN TERHADAP PENDEKATAN FLIPPED CLASSROOM BAGI PENGAJIAN UMUM BERTERASKAN PENDIDIKAN ISLAM DI POLITEKNI. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/173

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 

You may also start an advanced similarity search for this article.