KAJIAN MENGENAI KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH DALAM JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK: SATU TINJAUAN EMPIRIKAL DARI ASPEK JANTINA DAN PROGRAM PENGAJIAN
A STUDY ON THE MARKETABILITY OF TUANKU SULTANAH BAHIYAH POLYTECHNIC GRADUATES IN THE DEPARTMENT OF ELECTRICAL & ELECTRONIC ENGINEERING: AN EMPIRICAL SURVEY FROM ASPECTS OF GENDER AND STUDY PROGRAM
Keywords:
kebolehpasaran graduan; graduan politeknik; kejuruteraan elektrik & elektronik; kemahiran industriAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kebolehpasaran graduan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhinya. Seramai 256 graduan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dari 4 program yang telah bergraduat lebih daripada 3 tahun telah menjadi responden kajian ini. Analisis data menunjukkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan yang bekerja dalam bidang adalah sebanyak 66% dan tidak bekerja dalam bidang adalah sebanyak 34%. Keputusan ujian Chi-Square menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara jantina dan kebolehpasaran graduan (χ²(1, N=256)=17.781, p< 0.001), di mana graduan lelaki lebih cenderung memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan berbanding graduan perempuan. Namun, hubungan antara program pengajian dan kebolehpasaran graduan adalah hampir signifikan (χ²(3, N=256)=7.810, p = 0.050). Dapatan ini menunjukkan bahawa jantina memainkan peranan dalam menentukan peluang pekerjaan graduan dalam bidang teknikal. Selain itu, jurang antara kemahiran yang diperoleh semasa pengajian dan keperluan industri juga boleh mempengaruhi kebolehpasaran graduan.