MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF: CONNECTING WAN
Keywords:
Connecting WAN, Modul Pengajaran & Pembelajaran: Securing WAN Connectivity, model rekabentuk ADDIEAbstract
Strategi pengajaran yang tidak menarik menjadi punca mata pelajaran Connecting WAN sering dianggap sukar oleh pelajar. Kajian ini dijalankan bagi membina sebuah modul pengajaran yang dinamakan Modul Pengajaran & Pembelajaran: CONNECTING WAN . Modul ini dibina bagi topik Securing WAN Connectivity dengan pendekatan pembelajaran berdasarkan masalah. Instrumen bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap modul ini turut diedarkan. Seramai 15 orang pelajar dari kelas DDTN5A sesi disember 2019 telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati majoriti pelajar memberi pandangan yang positif terhadap penggunaan modul ini. Dapatan kajian juga menunjukkan 100% pelajar menunjukkan peningkatan markah selepas menggunakan modul pembelajaran ini. Malahan,pelajar juga berpandangan bahawa modul ini adalah menarik dan mampu memberi kefahaman kepada mereka. Bagaimanapun, bilangan responden bagi kajian ini juga boleh ditambah pada masa akan datang untuk mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh. Selain itu, kandungan modul ini boleh diperbaiki dengan mendapatkan pandangan daripada pensyarah lain yang berpengalaman luas. Aktiviti dalam modul ini juga boleh di tambah dan diterangkan dengan lebih terperinci bagi tujuan kajian masa hadapan.