KORELASI SISTEM CATATAN BERGU TERHADAP MINAT PELAJAR DALAM KURSUS PERAKAUNAN

Authors

  • Nor Maizura Othman Politeknik Hulu Terengganu
  • Norimah Annuar @ Mohd Tahir Politeknik Hulu Terengganu

Keywords:

Catatan Bergu, Minat, Kursus Perakaunan

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui korelasi pengetahuan asas dan tahap pemahaman pelajar terhadap sistem catatan bergu yang boleh menarik minat pelajar untuk mempelajari kursus perakaunan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan diukur melalui Skala Likert. Seramai 22 orang pelajar semester dua daripada program Diploma Akauntansi, Politeknik Hulu Terengganu telah dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Responden ini dipilih kerana mereka telah mengikuti kursus DPA10013 Perakaunan Kewangan 1 pada semester satu yang merupakan kursus asas perakaunan. Data-data yang diperoleh dianalisis melalui program Stastical Package for the Social Science Version 21.0 (SPSS) v21.0. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa lebih separuh daripada responden iaitu dengan nilai min 3.45 mempunyai pengetahuan asas perakaunan. Responden menunjukkan minat dan suka kepada kursus perakaunan dengan nilai min 4.36. Walau bagaimanapun, didapati responden kurang memahami prinsip asas dan peraturan catatan bergu serta menghadapi masalah untuk menentukan kesilapan catatan bergu dengan nilai min kurang dari 4.00. Keputusan analisa ini menunjukkan pelajar berminat terhadap kursus perakaunan dan pemahaman pelajar boleh ditingkatkan dengan menggunakan kaedah penyampaian yang lebih mudah difahami oleh pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Nor Maizura Othman, & Norimah Annuar @ Mohd Tahir. (2020). KORELASI SISTEM CATATAN BERGU TERHADAP MINAT PELAJAR DALAM KURSUS PERAKAUNAN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/186

Similar Articles

<< < 1 2 3 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.