PEMBANGUNAN REKABENTUK ALAT BANTU MENGAJAR BAGI MENENTUKAN MUATAN HABA TENTU MENGGUNAKAN ARDUINO

Authors

  • Zafarida Binti Kadir Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Razulainie Binti Mohd Radzuan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

Keywords:

Alat Bantu Mengajar, Arduino, Termodinamik, Haba Tentu

Abstract

Pembangunan alat bantu mengajar di dalam pengajian kejuruteraan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih jelas, menarik dan berkesan. Alat bantu mengajar ini dibangunkan dengan tujuan untuk mengukur haba tentu (C) bagi bahan logam iaitu aluminium. Alat bantu mengajar ini direkabentuk untuk mendemonstrasikan pendekatan kalorimeter dan Prinsip Black dengan bantuan sistem Arduino Uno sebagai platform kawalan sistem. Pengaturcaraan yang digunakan ditulis dalam Perisian Arduino (IDE) yang menggabungkan dua jenis sensor iaitu sensor suhu DS18B20 dan sensor sel beban sebagai input langsung pengiraan. Nilai haba tentu bagi aluminium yang diperolehi dibanding dan dianalisakan dengan nilai piawainya iaitu 0.900kJ/kgK. Alat bantu mengajar arduino ini adalah khusus untuk pelajar semester dua bagi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) dan Program Diploma Kejuruteraan Pembuatan (DTP) di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang mengambil kursus DJJ20063 Termodinamik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Zafarida Binti Kadir, & Razulainie Binti Mohd Radzuan. (2020). PEMBANGUNAN REKABENTUK ALAT BANTU MENGAJAR BAGI MENENTUKAN MUATAN HABA TENTU MENGGUNAKAN ARDUINO. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/188