PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MASALAH SOSIAL: SUATU KAJIAN DI POLITEKNIK MALAYSIA

Authors

  • Sarrunnida Ahmad Zaine Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Isrul Hasrita Binti Ismail Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Keywords:

masalah sosial, persepsi, faktor-faktor penyumbang masalah sosial dan jenis-jenis masalah sosial.

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi dan kesedaran pelajar terhadap masalah sosial di Politeknik Malaysia. Justeru itu, ia adalah berkait rapat dengan mendapatkan pandangan pelajar tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan sosial dalam kalangan pelajar politeknik serta jenis-jenis permasalahan sosial yang sering berlaku di dalam kampus pengajian mereka. Faktor-faktor yang dikaji adalah diri sendiri, ibu bapa, pengaruh rakan dan pengaruh media. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan melibatkan seramai 237 orang pelajar sebagai sampel dari tujuh (7) buah politeknik di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar secara keseluruhannya mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi tentang permasalahan sosial. Namun begitu, mereka dilihat kurang berminat untuk mengambil tahu tentang permasalahan sosial yang wujud di kampus pengajian mereka. Kajian ini turut memberi indikator bahawa pelajar mengakui bahawa kesemua faktor yang dikaji merupakan penyumbang kepada permasalahan sosial yang wujud dalam kalangan pelajar politeknik dengan
purata skor min bagi setiap faktor adalah di dalam lingkungan nilai 3.9. Dari segi jenis-jenis masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan pelajar politeknik pula, 15 peratus pelajar berpendapat pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, 11 peratus berpendapat keterlibatan dengan bahan lucah dan pornografi, 10 peratus mengatakan mencuri barang rakan, 9 peratus berpendapat terlibat dengan minuman keras/memabukkan, 8 peratus mengatakan aktiviti membuli, gengsterisme, dadah, lumba haram dan membuat hubungan seks di luar nikah bersama teman istimewa, 7 peratus mengatakan amalan seks bebas, 5 peratus berpendapat keterlibatan dengan LGBT dan 3 peratus mengatakan membuang bayi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Sarrunnida Ahmad Zaine, & Isrul Hasrita Binti Ismail. (2020). PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MASALAH SOSIAL: SUATU KAJIAN DI POLITEKNIK MALAYSIA. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/191

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.