MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAHLAKU PELAJAR
Keywords:
Media, Kesan Media Agresif, Sikap Ibu bapa dan Tingkahlaku PelajarAbstract
Era globalisasi menyediakan ruang interaksi yang terbuka luas dengan media kepada semua peringkat usia merentasi sempadan geografi. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keterlibatan pelajar dari segi ciri- ciri media agresif yang ditonton, faktor menonton, kesannya kepada tingkahlaku pelajar dan sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media agresif. Kajian kuantitatif secara tinjauan ini dijalankan dalam kalangan 428 orang pelajar menggunakan instrumen Azizi et.al (2014) dan data dianalisis menggunakan SPSS versi 23.0. Hasil kajian mendapati ciri-ciri program media berunsur agresif berada pada tahap sederhana (SM=3.33; SP=0.75), punca-punca pelajar menonton pada tahap sederhana (SM=3.25; 0.72), kesan media adalah tinggi (SM=3.99; SP=0.86) dengan nilai keseluruhan kod semula dan sikap ibubapa juga berada pada tahap sederhana (SM=3.64; SP=1.21). Terdapat hubungan yang signifikan antara kesan media berunsur agresif dengan ciri-ciri media agresif yang ditonton dengan nilai hubungan negatif r=-.228, n=428, p=0.000<0.05, dengan punca-punca pelajar menonton dengan nilai hubungan negatif r=-384, n=428, p=0.000<0.05. Terdapat hubungan yang signifikan juga antara sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media agresif dengan ciri-ciri media agresif dengan nilai hubungan negatif r=-.456, n=428, p=0.000<0.05, dengan punca-punca pelajar menonton dengan nilai hubungan negatif r=-.414, n=428, p=0.000<0.05 dan dengan kesan menonton media berunsur agresif dengan nilai hubungan positif r=.504, n=428, p=0.000<0.05. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai sebagai input dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan komunikasi dan media di mana pensyarah boleh memberikan penekanan khusus agar pelajar mengunakan media untuk kebaikan dan berupaya menyaring media yang ditonton. Kajian atau tindakan lanjut perlu dilaksanakan agar tingkahlaku agresif pelajar dapat dibentuk dan institusi tidak berhadapan dengan kejadian agresif atau keganasan di institusi.