MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAHLAKU PELAJAR

Authors

  • Nor Hayati Fatmi Talib Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Bani Hidayat Mohd Shafie IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
  • Amri Abdullah Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Keywords:

Media, Kesan Media Agresif, Sikap Ibu bapa dan Tingkahlaku Pelajar

Abstract

Era globalisasi menyediakan ruang interaksi yang terbuka luas dengan media kepada semua peringkat usia merentasi sempadan geografi. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keterlibatan pelajar dari segi ciri- ciri media agresif yang ditonton, faktor menonton, kesannya kepada tingkahlaku pelajar dan sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media agresif. Kajian kuantitatif secara tinjauan ini dijalankan dalam kalangan 428 orang pelajar menggunakan instrumen Azizi et.al (2014) dan data dianalisis menggunakan SPSS versi 23.0. Hasil kajian mendapati ciri-ciri program media berunsur agresif berada pada tahap sederhana (SM=3.33; SP=0.75), punca-punca pelajar menonton pada tahap sederhana (SM=3.25; 0.72), kesan media adalah tinggi (SM=3.99; SP=0.86) dengan nilai keseluruhan kod semula dan sikap ibubapa juga berada pada tahap sederhana (SM=3.64; SP=1.21). Terdapat hubungan yang signifikan antara kesan media berunsur agresif dengan ciri-ciri media agresif yang ditonton dengan nilai hubungan negatif r=-.228, n=428, p=0.000<0.05, dengan punca-punca pelajar menonton dengan nilai hubungan negatif r=-384, n=428, p=0.000<0.05. Terdapat hubungan yang signifikan juga antara sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media agresif dengan ciri-ciri media agresif dengan nilai hubungan negatif r=-.456, n=428, p=0.000<0.05, dengan punca-punca pelajar menonton dengan nilai hubungan negatif r=-.414, n=428, p=0.000<0.05 dan dengan kesan menonton media berunsur agresif dengan nilai hubungan positif r=.504, n=428, p=0.000<0.05. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai sebagai input dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan komunikasi dan media di mana pensyarah boleh memberikan penekanan khusus agar pelajar mengunakan media untuk kebaikan dan berupaya menyaring media yang ditonton. Kajian atau tindakan lanjut perlu dilaksanakan agar tingkahlaku agresif pelajar dapat dibentuk dan institusi tidak berhadapan dengan kejadian agresif atau keganasan di institusi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, & Amri Abdullah. (2020). MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAHLAKU PELAJAR. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/192

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.