KAEDAH KERNEL DENSITY ESTIMATION (KDE) DALAM PEMETAAN RISIKO BANJIR DI DAERAH KERIAN, PERAK DARUL RIDZUAN

Authors

  • Rozaimi Bin Majid Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Keywords:

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Abstract

Fenomena banjir adalah salah satu daripada bencana alam yang berlaku di dunia. Kesan kejadian banjir ini melibatkan kerugian harta benda yang amat besar, malahan turut mengancam nyawa penduduk. Oleh itu, kawasankawasan yang terjejas dengan bencana banjir perlu dipetakan secara visual untuk perancangan menghadapi banjir atau menyusun langkah-langkah keselamatan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti kawasan yang paling tinggi risiko kejadian banjir yang berlaku di Daerah Kerian menerusi aplikasi GIS. Analisis ruangan dijalankan dengan berpandukan taburan lokasi banjir dan kawasan risiko banjir. Dalam kajian ini data kejadian banjir diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian, dan data lokasi petempatan daripada Majlis Daerah Kerian (MDK). Sebanyak 11 lokasi banjir yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015 telah dipetakan untuk tujuan analisis. Hasil analisis dengan menggunakan kaedah analisis ruangan KDE menunjukkan kawasan kajian mempunyai 5 lokasi berada pada tahap tinggi risiko banjir, dan 2 lokasi berada pada tahap sederhana. Selain daripada itu, sebanyak 43 petempatan penduduk yang mempunyai nilai sisihan piawai antara 0.000209 hingga 0.743306 dikenalpasti terdedah dengan risiko banjir. Hasil kajian ini adalah penting kepada pihak berkuasa dalam perancangan dan pengurusan menghadapi banjir, terutamanya untuk tujuan pencegahan, penyaluran bantuan dan kecemasan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-01

How to Cite

Rozaimi Bin Majid. (2019). KAEDAH KERNEL DENSITY ESTIMATION (KDE) DALAM PEMETAAN RISIKO BANJIR DI DAERAH KERIAN, PERAK DARUL RIDZUAN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 5(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/205

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.