KEBERKESANAN SPuM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
EFFECTIVENESS OF SPuM IN TEACHING AND LEARNING (T&L)
Keywords:
Teknologi Augmented Reality (AR), tren pemasaran digital, revolusi industri 4.0Abstract
Penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) sebagai tren pemasaran digital yang menampilkan visual produk bukanlah sesuatu yang baru. Ianya terbukti dapat meningkatkan hasil jualan seterusnya imej perniagaan. Justeru, bagi memberi pendedahan tentang teknologi AR kepada pelajar di politeknik, maka Smart Packaging Using MAKAR (SPuM) telah diperkenalkan dalam pembelajaran pembangunan produk pertanian. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauhmana aspek mudahguna, mesra pengguna dan keseronokan menggunakan SPuM memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini berbentuk kuantitatif dan data telah dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) Version 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran menggunakan SPuM menimbulkan keseronokan di kalangan pelajar. Pembelajaran teknologi AR ini bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan kemahiran yang terkini kepada para pelajar, tetapi juga supaya dapat melahirkan graduan yang kreatif, berinovatif dan kompetitif seiring dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).