MENEROKA KOMPONEN BERASASKAN TEKNOLOGI DIGITAL TVET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU KAJIAN SOROTAN LITERATUR
Keywords:
Digital Driven, Teknologi Digital, Digital TVET, Pengajaran Dan Pembelajaran DigitalAbstract
Tujuan analisis kajian ini dilakukan adalah bagi meneroka komponen berasaskan teknologi digital TVET dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan komponen teknologi digital TVET ini menggunakan kaedah PRISMA bagi mencari jurnal atau artikel menggunakan kata kunci: digital driven, teknologi digital, digital TVET serta pengajaran dan pembelajaran digital. Pencarian dokumen melalui empat fasa pencarian iaitu pengelpastian sebanyak 250 artikel, penapisan 70 artikel, kelayakan sebanyak 35 artikel dan hasil masukan sebanyak 13 artikel sahaja dipilih. Hasil dapatan kajian komponen teknologi digital TVET ini telah berjaya mengeluarkan 30 komponen dari pelbagai jurnal dan artikel. Oleh itu, dengan kepelbagaian komponen teknologi digital TVET ini dapat memberi idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran selari dengan kemajuan Revolusi 4.0.