Kajian Maklumbalas Tahap Kepuasan Kakitangan Politeknik Ungku Omar Terhadap Modul Ecert Latihan Di Sistem IPUO

Authors

  • Lily Yuzie Md Yusof Politeknik Ungku Omar, Malaysia

Keywords:

Technology Acceptance Model (TAM); tahap kepuasan; esijil

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan perkhidmatan dalam talian semakin popular di Malaysia. Trend ini memberi peluang kepada individu atau agensi untuk mereka bentuk aplikasi perkhidmatan dengan lebih mudah dan efisien. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap kepuasan kakitangan Politeknik Ungku Omar terhadap modul ecert latihan di sistem iPUO. Sebelum modul ecert ini digunakan, sijil-sijil kursus disedia dan diedar secara manual dimana melibatkan proses dan tempoh masa yang panjang. Setelah digunakan, proses menyedia dan mengedar disingkatkan dari 15 langkah ke 4 langkah dan tempoh keseluruhan dikurangkan dari 7 hari ke 27 minit. Model kajian yang digunakan adalah Model Penerimaan Teknologi (TAM) dimana data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik secara online menggunakan Google Form dan dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 29 (SPSS). Sampel yang digunakan adalah seramai 283 orang kakitangan Politeknik Ungku Omar yang pernah mengikuti kursus secara dalaman. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan yang cemerlang bagi semua bahagian soalan. Kesimpulannya kakitangan Politeknik Ungku Omar dapat menerima dan berpuas hati terhadap penggunaan modul ecert latihan di sistem iPUO.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-15

How to Cite

Lily Yuzie Md Yusof. (2024). Kajian Maklumbalas Tahap Kepuasan Kakitangan Politeknik Ungku Omar Terhadap Modul Ecert Latihan Di Sistem IPUO. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 10(1), 31–50. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/33

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 

You may also start an advanced similarity search for this article.