Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Bakat Pengkomersialan Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Malaysia
Keywords:
Pengkomersialan, Latihan, Pelan Pelaksana, Kolaborasi latihanAbstract
Membangunkan bakat adalah cara terbaik untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Pembangunan bakat pengkomersialan adalah cara yang paling penting dan terbaik untuk membangunkan bakat pensyarah-pensyarah Politeknik dalam melahirkan pensyarah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti bagi masa hadapan. Aktiviti pengkomersialan di Politeknik perlu diperkasakan sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik, namun begitu kajian memfokuskan kepada pembangunan bakat pengkomersialan dalam kalangan pensyarah di politeknik masih lagi belum diterokai. Kajian ini mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pembangunan bakat pengkomersialan dalam kalangan pensyarah Politeknik Malaysia. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang bersesuaian dengan objektif kajian. Analisis data menunjukkan semua konstruk, nilai min adalah 4.0 keatas. Ini menunjukkan pendekatan dan inisisatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti adalah selaras dengan Pelan Transformasi Politeknik Malaysia. Walau bagaimanapun, inisisatif ini perlu diteruskan dan ditingkatkan bagi memastikan kelestarian pengkomersialan Politeknik Malaysia.