Membangunkan Mesin Pemprosesan Jagung Untuk Industri Kecil Sederhana
Keywords:
Mesin Kupas, Pemprosesan, Perusahaan kecil dan sederhana, Rekabentuk mesinAbstract
Penghasilan mesin pemprosesas jagung ini adalah hasil inovasi yang dihasilkan melalui geran PPRN (Public Private Research Network) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pengusaha industri kecil sederhana makanan berasaskan jagung. Mesin ini terdiri daripada dua bahagian yang beransingan iaitu untuk pengupas kulit jagung dan meleraikan isi jagung. Mesin pengupas kulit jagung dibangunkan mengunakan 2 “roller” yang besar diperbuat daripada bahan stainless steel bergred makanan dan dibantu oleh 2 “roller” yang kecil diperbuat daripada bahan getah. Mesin pelerai isi jagung dibangunkan untuk bertindak memisahkan isi jagung daripada empulur jagung dengan binaan satu set pisau berserta “roller teflon” yang boleh laras ikut size jagung dan dibantu oleh “air compressor” untuk mengasingkan isi jagung dengan empulur serta mayang halus jagung. Keupayaan mesin pengupas kulit jagung yang dihasilkan mampu mengupas 6000 jagung dalam masa 1 jam dengan seorang pekerja berbanding pengupasan secara manual hanya mampu mengupas 30 jagung dalam masa sejam dengan tenaga seorang pekerja. Keupayaan mesin pelerai isi jagung pula, mesin ini dapat menghasilkan 300 kg dalam masa 1 jam berbanding secara manual hanya 1 kg dengan seorang tenaga pekerja. Inovasi ini telah menjimatkan masa dan kos tenaga kerja, dari aspek kualiti, jagung dan isi jagung yang dikupas menggunakan mesin ini lebih bersih dan mempunyai bentuk yang sekata berbanding pengupasan secara manual. Secara keseluruhannya, produktiviti dan pengeluaran produk dapat ditingkatkan seiring dengan permintaan produk yang berasaskan jagung.