Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Telefon Pintar Sebagai Alat Pembelajaran

Authors

  • Nur Hazwani Nerrahim Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Harziah Ahmad Hanif Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

Penerimaan telefon pintar, alat pembelajaran, pelajar Politeknik

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenalpasti sejauh mana penerimaan pelajar terhadap penggunaan telefon pintar sebagai alat pembelajaran. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 144 responden dikalangan pelajar politeknik. Data dikutip dengan cara mengedarkan soal selidik secara “google form” menggunakan teknik Pensampelan Bertujuan. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengunakan perisian SPSS v.23 untuk analisis deskriptif bagi mendapatkan nilai skor min. Hasil kajian mendapati responden bersetuju menerima telefon pintar untuk pembelajaran. Responden juga bersikap positif terhadap telefon pintar untuk pembelajaran dan bersetuju dengan penggunaan telefon pintar untuk pembelajaran pada masa hadapan. Walaupun begitu, ianya pada tahap sederhana. Penerimaan telefon pintar yang sederhana terhadap pembelajaran dan sikap yang sederhana terhadap telefon pintar untuk pembelajaran masa kini dan masa akan datang menggambarkan pelajar tidak menggunakan sepenuhnya telefon pintar untuk tujuan akademik dan pencarian ilmu pengetahuan. Pelajar mungkin menggunakan telefon pintar untuk tujuan lain yang kurang bermanfaat seperti hiburan dan permainan video. Pelajar perlu diberi pendedahan oleh ibubapa, guru-guru dan orang yang lebih dewasa tentang pelbagai manfaat yang boleh pelajar perolehi dari penggunaan telefon pintar dengan cara yang betul. Perisian pembelajaran yang menarik dan interaktif, yang boleh dilayari melalui telefon pintar juga perlu dibangunkan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran dalam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-27

How to Cite

Nur Hazwani Nerrahim, & Harziah Ahmad Hanif. (2024). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Telefon Pintar Sebagai Alat Pembelajaran. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 141–147. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/47

Similar Articles

<< < 11 12 13 14 15 16 17 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.