Analisis Kualiti Air Menggunakan Penapis Easy Micron Water Filter

Authors

  • Ernie Kulian @ Abd Karim Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Saiful Hazman Mokhtar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Nasriah Ashikin Mat Nadzir Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia

Keywords:

Penapis air; air sungai; kelas air

Abstract

Penapis air biasanya bertujuan untuk menyaring air mentah supaya kualiti air bertukar menjadi bersih dan selamat untuk digunakan. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan untuk membantu menyelesaikan masalah sisa buangan plastik seperti botol mineral yang selalu ditinggalkan oleh pengunjung yang mendaki, berkhemah atau menjelajah hutan di sekitar Sungai Lembing. Iaitu melalui penghasilan Easy Micron Water Filter (EMF) yang berciri mudah alih, mampu menyaring air mentah menjadi air bersih dan selamat untuk diminum serta boleh digunakan oleh para pengunjung yang datang dengan tanpa perlu membeli botol mineral diharapkan mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengusaha rekreasi di sekitar Sungai Lembing. Sebanyak 6 sampel air sungai dari Sungai Lembing diuji iaitu 3 sampel tanpa menggunakan EMF dan 3 sampel lagi dengan menggunakan EMF. Hasil ujian, didapati air mentah tanpa menggunakan EMF diklasifikasikan dalam Kelas II dan air mentah setelah menggunakan EMF diklasifikasikan sebagai Kelas I. Ini menunjukkan bahawa EMF mampu menyaring air berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan dan boleh digunakan oleh setiap pengunjung yang datang bagi membantu mengurangkan sisa botol mineral yang selalu ditinggalkan di sepanjang Sungai Lembing.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-09

How to Cite

Ernie Kulian @ Abd Karim, Saiful Hazman Mokhtar, & Nasriah Ashikin Mat Nadzir. (2024). Analisis Kualiti Air Menggunakan Penapis Easy Micron Water Filter. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 352–358. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/70

Similar Articles

<< < 1 2 

You may also start an advanced similarity search for this article.