Kajian Literatur Tahap Kesediaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Di Kalangan Pelajar, Tenaga Pengajar dan Ibu Bapa

Authors

  • Fadilah Ahmad Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Nor Aqilah Abdul Hamid Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

Pembelajaran dalam talian, Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), Tahap kesediaan pelajar dan guru, Penerimaan pelajar

Abstract

Sejak penularan wabak Covid-19, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bukanlah perkara yang asing lagi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara norma baharu telah diadaptasikan dalam dunia pendidikan bagi memastkan pelajar tidak ketinggalan menguasai ilmu pengetahuan. PdPR atau dikenali dengan istilah pembelajaran secara dalam talian adalah satu bentuk pendidikan di mana elemen utamanya merangkumi pengasingan secara fizikal guru dan pelajar semasa sesi pengajaran serta penggunaan pelbagai teknologi untuk memudahkan komunikasi antara pelajar-guru dan pelajar-pelajar. Kajian ini dibuat bagi merungkai tahap kesediaan pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa terhadap PdPR berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dibuat. Ini bagi membolehkan pihak berkepentingan dapat mengkaji dan menambahbaik PdPR supaya ia menjadi efektif dan dapat mengurangkan isu keciciran murid dalam pelajaran terutamanya di kawasan luar bandar. Sebanyak 31 artikel telah dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Hasil daripada kajian mendapati pelajar mempunyai kesediaan terhadap PdPR di tahap yang sederhana manakala tenaga pengajar dan ibu bapa mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Di harapkan penemuan ini akan membantu pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara norma baharu dan melaksanakan garis panduan yang jelas khususnya kepada tenaga pengajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-09

How to Cite

Fadilah Ahmad, & Nor Aqilah Abdul Hamid. (2024). Kajian Literatur Tahap Kesediaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Di Kalangan Pelajar, Tenaga Pengajar dan Ibu Bapa. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 394–403. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/74

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.