Sistem E-Zakat di Politeknik Ungku Omar

Authors

  • Sharifah Lailaton Khadijah Syed Abdullah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak
  • Zanidah Binti Ithnin Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak
  • Amir Fariz Che Man Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak

Keywords:

Zakat, sistem

Abstract

Sistem e-Zakat PUO merupakan satu sistem pengurusan permohonan zakat pelajar secara atas talian. Sebelum sistem ini diwujudkan, pihak pengurusan zakat Politeknik Ungku Omar (PUO) menghadapi masalah dalam pengurusan dokumen permohonan yang rumit di samping pengurusan data yang tidak teratur. Perkara ini menyumbang kepada pengurusan kerja yang kurang efektif dan membebankan. Justeru, Sistem e-Zakat PUO dibangunkan untuk mengatasi masalah ini dari sudut memudahkan pengurusan permohonan secara menyeluruh. Melalui sistem ini, pelajar tidak perlu lagi untuk mengisi borang secara manual sebaliknya hanya membuat permohonan secara atas talian di pautan www.zakatpuo.com. Seterusnya, sistem akan menjana pengiraan zakat sekaligus memudahkan pegawai pengurusan zakat untuk membuat semakan serta mengemaskini status permohonan secara atas talian. Akhir sekali, status kelayakan temuduga calon penerima zakat serta senarai pelajar layak menerima zakat akan dipaparkan untuk makluman pelajar dan pihak pengurusan. Keistimewaan sistem ini ialah data permohonan dan hasil keputusan pengiraan serta status akhir pelajar akan disimpan di dalam pangkalan data bagi mengelakkan kehilangan dan pertindihan data. Sistem ini berjaya meningkatkan produktiviti proses kerja dan menyumbang kepada penyimpanan data yang selamat dan tepat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Syed Abdullah, S. L. K., Zanidah Binti Ithnin, & Che Man, A. F. (2024). Sistem E-Zakat di Politeknik Ungku Omar. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/87

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.