Penglibatan Pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) Dalam Sukan E-Sport Di Kolej Komuniti Jempol

Authors

  • Jasman Bin Esmon Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Masrina Binti Muhammad Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

E-Sport, Program Sijil Teknologi Elektrik

Abstract

Seiring dengan perkembangan dunia digital yang amat pantas pada hari ini, beberapa acara baru dalam bidang sukan telah terhasil yang mana ianya agak janggal dengan acara yang konvensional sebelum ini. Kalau dahulu aktiviti permainan video game sinonim dikaitkan dengan budaya membuang masa, tetapi pada masa kini, ianya di angkat martabatnya dengan di beri nafas baru yang di namakan E-Sport. E-Sport secara rasminya mula di pertandingkan di sukan Malaysia ( SUKMA ) Perak pada tahun 2018. Kajian ini di laksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong dan faedah penglibatan pelajar dalam sukan E-Sport. Perlaksanaan kajian ini di lakukan di Kolej Komuniti Jempol. Persampelan kajian terdiri daripada 43 orang pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik. Penggunaan instrumen kajian adalah berbentuk satu set soal selidik. Set soal selidik ini mengandungi 20 item soal selidik yang mana ianya di pecahkan kepada dua bahagian iaitu faktor dorongan yang meliputi elemen seronok, elemen sokongan dan elemen sosial serta faedah penglibatan. Analisis statistik diskritif digunakan bagi tujuan menganalisis data dan ianya menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Window Release 23.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan menunjukan aspek mengisi masa lapang, kenali ramai kawan dan pengaruh rakan-rakan merupakan faktor utama yang mendorong penglibatan pelajar Program Sijil Teknologi dalam sukan E-Sport di Kolej Komuniti Jempol. Selain itu, aspek meningkatkan kemahiran insaniah seperti berkomunikasi dan mengasah kreativiti merupakan faedah utama penglibatan pelajar dalam sukan E-Sport.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Jasman Bin Esmon, & Masrina Binti Muhammad. (2024). Penglibatan Pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) Dalam Sukan E-Sport Di Kolej Komuniti Jempol. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/104

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.