Personaliti Pelajar dan Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Kokurikulum

Authors

  • Kaswati Salleh Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Malaysia
  • Muhammad Firdaus Harun Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Malaysia
  • Azhan Zaki Silim Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Malaysia

Keywords:

Personaliti Pelajar, Tahap Penglibatan dan Kokurikulum

Abstract

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti luar bilik darjah yang menyediakan pengalaman pembelajaran dan kemahiran kepada pelajar. Ia juga memainkan peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung dalam pembentukan kemahiran insaniah serta melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara personaliti pelajar dengan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Kuala Langat. Responden yang terlibat sebagai sampel kajian adalah terdiri daripada 200 pelajar yang dipilih secara rawak dari semua program di Kolej Komuniti Kuala Langat. Analisis Pekali Korelasi Pearson (r) yang digunakan untuk menguji hipotesis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=0.706, 0=000) di antara personaliti dan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Melalui kajian ini, personaliti pelajar dapat dikembangkan dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat ditentukan. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Kaswati Salleh, Muhammad Firdaus Harun, & Azhan Zaki Silim. (2024). Personaliti Pelajar dan Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Kokurikulum. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/108

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.