Pandangan Mengenai E-Sukan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Johor

Authors

  • Mohd Yusof Tawang Politeknik METrO Johor Bahru
  • Mohd Ghadafi Shari Politeknik METrO Johor Bahru
  • Mohd Firdaus Yusoff Politeknik METrO Johor Bahru

Keywords:

E-Sukan, Pelajar, Politeknik Johor

Abstract

E-sukan merupakan satu fenomena yang kian berkembang selaras dengan Industri 4.0. E-sukan dilihat sebagai sebuah sukan yang melibatkan pertandingan menggunakan permainan video secara dalam talian atau luar talian. Perkembangan e-sukan dilihat mampu menjana pendapatan sesebuah negara dan berkemungkinan diwujudkan di dalam acara-acara sukan yang besar seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel, dan Sukan Olimpik. Namun terdapat segelintir golongan yang masih memikirkan mengenai kebaikan dan keburukan dalam e-sukan. Di samping itu, terdapat juga pelbagai cadangan mengenai e-sukan termasuk penggunaan istilah sukan. Disebabkan itu, pengkaji menjalankan kajian bagi melihat pandangan pelajar Politeknik Johor mengenai e-sukan. Dalam kajian ini, bilangan sampel responden adalah seramai 783 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar yang terdedah secara langsung atau tidak langsung kepada e-sukan. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan data primer yang mengandungi tiga bahagian di mana Bahagian A (Demografi responden), Bahagian B (Pengetahuan, Penglibatan dalam e-sukan, Kekangan, dan Pembahagian Masa), dan Bahagian C (Cadangan kemajuan e-sukan di Politeknik). Secara keseluruhannya objektif kajian tercapai. Adalah diharapkan dengan kajian ini akan dapat membantu pihak yang berkaitan dalam melaksanakan perancangan bagi meningkatkan mutu e-sukan, di samping membantu pengkaji akan datang dalam menjalankan kajian berkaitan e-sukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Mohd Yusof Tawang, Mohd Ghadafi Shari, & Mohd Firdaus Yusoff. (2024). Pandangan Mengenai E-Sukan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Johor . Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/116

Similar Articles

<< < 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.