Pengaruh Atribut Domain Hasil Pembelajaran Dalam Kokurikulum Ragbi Terhadap Kebolehpasaran Graduan/Atlit Ragbi Politeknik Merlimau

Authors

  • Mohd Shahrir Ahmad Zaini Politeknik METrO Betong, Sarawak
  • Sharifuddin Mohd Yusof Politeknik Merlimau Melaka, Malaysia
  • Izuddin Mohd Yusof Politeknik Merlimau Melaka, Malaysia

Keywords:

atribut, domain hasil pembelajaran, kemahiran generik, kebolehpasaran

Abstract

Kecemerlangan kognitif atau akademik bukan satu jaminan terhadap kecemerlangan dan potensi sebenar graduan untuk untuk bersaing di pasaran pekerjaan. Selain kecemerlangan akademik, majikan dan industri amat menitikberatkan kemahiran insaniah (softskill) sebagai salah satu aspek penting ditempat kerja. Justeru, kajian ini akan mengkaji keberkesanan atribut domain hasil pembelajaran terhadap graduan/atlit yang mengikuti kokurikulum ragbi dan menentukan samada kualiti dan kebolehan dalam sukan ragbi sebagai mempengaruhi kebolehpasaran graduan. Kajian dijalankan secara soalselidik dengan 53 orang responden dan pandangan mereka terhadap atribut dan subatribut yang cuba dicapai dalam hasil pembelajaran kokurikulum dan sukan serta penerimaan majikan berdasarkan penglibatan sukan ragbi serta kesinambungan aktiviti berkenaan di tempat kerja semasa. Data dianalisa untuk mendapatkan skor min menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Purata skor min yang tinggi menunjukkan graduan bersetuju bahawa kokurikulum sukan ragbi membentuk kemahiran generik mereka dan diterima secara baik oleh majikan dan industri mahu pun menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Mohd Shahrir Ahmad Zaini, Sharifuddin Mohd Yusof, & Izuddin Mohd Yusof. (2024). Pengaruh Atribut Domain Hasil Pembelajaran Dalam Kokurikulum Ragbi Terhadap Kebolehpasaran Graduan/Atlit Ragbi Politeknik Merlimau. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/118

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.