Pengaruh Atribut Domain Hasil Pembelajaran Dalam Kokurikulum Ragbi Terhadap Kebolehpasaran Graduan/Atlit Ragbi Politeknik Merlimau
Keywords:
atribut, domain hasil pembelajaran, kemahiran generik, kebolehpasaranAbstract
Kecemerlangan kognitif atau akademik bukan satu jaminan terhadap kecemerlangan dan potensi sebenar graduan untuk untuk bersaing di pasaran pekerjaan. Selain kecemerlangan akademik, majikan dan industri amat menitikberatkan kemahiran insaniah (softskill) sebagai salah satu aspek penting ditempat kerja. Justeru, kajian ini akan mengkaji keberkesanan atribut domain hasil pembelajaran terhadap graduan/atlit yang mengikuti kokurikulum ragbi dan menentukan samada kualiti dan kebolehan dalam sukan ragbi sebagai mempengaruhi kebolehpasaran graduan. Kajian dijalankan secara soalselidik dengan 53 orang responden dan pandangan mereka terhadap atribut dan subatribut yang cuba dicapai dalam hasil pembelajaran kokurikulum dan sukan serta penerimaan majikan berdasarkan penglibatan sukan ragbi serta kesinambungan aktiviti berkenaan di tempat kerja semasa. Data dianalisa untuk mendapatkan skor min menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Purata skor min yang tinggi menunjukkan graduan bersetuju bahawa kokurikulum sukan ragbi membentuk kemahiran generik mereka dan diterima secara baik oleh majikan dan industri mahu pun menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi.