MEMBANGUNKAN ALAT SENAMAN PENGINJAK MINI BERSIMULATOR PINBALL BERKONSEPKAN BERSENAM SAMBIL BERMAIN BAGI MENGGALAKKAN SENAMAN DAN PEMBAKARAN KALORI DI KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Authors

  • Adiani binti Ab Rahman Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Zafarida Binti Kadir Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Mohd Shahrizan Bin Khamis Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

Keywords:

Alat senaman, Simulator pinball, Gaya hidup sihat

Abstract

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular. Untuk mengurangkan permasalah ini, satu pembangunan alat senaman penginjak mini bersimulator pinball ini telah dilakukan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) salah satu jabatan induk di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Alat ini dibangunkan bertujuan menarik minat para pelajar untuk meluangkan sedikit masa mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat sambil berseronok bermain. Ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa senggang para pelajar sebelum ke kelas seterusnya. Alat senaman penginjak mini bersimulator pinball bersaiz sederhana dan dapat menampung beban sehingga 120 kg. Alat senaman ini merupakan salah satu alat senaman yang dibangunkan bertujuan menggalakkan para pelajar bermain permainan simulator pinball ini dan secara tidak ia dapat membakar kalori dalam badan. Selain daripada menggalakkan generasi muda menjalani gaya hidup sihat, ia juga dapat menghilangkan rasa bosan dan melupakan tekanan setelah seharian menjalani aktiviti yang memenatkan minda. Alat senaman penginjak mini bersimulator pinball ini menggabungkan dua fungsi dalam satu masa dimana terdapat alat senaman penginjak mini (mini stepper exercises) dan simulator permainan Pinball. Keberkesanan objektif kedua bagi pembangunan alat senaman ini telah dibuktikan dengan ujilari yang telah dilakukan terhadap 28 orang para pelajar di JKM selama 10 minit berbanding turun naik tangga. Purata peningkatan pembakaran kalori bagi pelajar-pelajar tersebut ialah
sebanyak 39.6%.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Adiani binti Ab Rahman, Zafarida Binti Kadir, & Mohd Shahrizan Bin Khamis. (2020). MEMBANGUNKAN ALAT SENAMAN PENGINJAK MINI BERSIMULATOR PINBALL BERKONSEPKAN BERSENAM SAMBIL BERMAIN BAGI MENGGALAKKAN SENAMAN DAN PEMBAKARAN KALORI DI KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/187

Similar Articles

<< < 1 2 

You may also start an advanced similarity search for this article.